Transplantasi bermaksud pemindahan atau penggantian organ atau tisu yang masih berfungsi dari seseorang kepada seseorang yang kegagalan fungsi organ atau tisu. Pembedahan ini merupakan satu kaedah rawatan yang terbukti paling baik dan berkesan untuk menyelamatkan nyawa bagi pesakit yang mengalami kegagalan organ di peringkat akhir.
TRANSPLANTASI ORGAN
Pemindahan atau penggantian organ dilakukan dengan segera selepas pembedahan pengambilan organ dijalankan. Organ yang diperolehi melalui penderma mati otak perlu dilakukan segera untuk memastikan organ tersebut masih berfungsi baik dan tidak terjejas. Oleh yang demikian, penderma (mati otak) akan diberi sokongan mesin (bantuan hayat) sehingga ke dewan bedah dimana ianya akan diberhentikan sebelum organ diperolehi. Selepas pengambilan, tempoh melakukan perolehan adalah seperti berikut:
- Jantung: 4 hingga 6 Jam
- Paru-Paru: 4 hingga 6 jam
- Hati: 8 hingga 12 Jam
- Buah Pinggang : 12-24 jam
TRANSPLANTASI TISU
Sebagaimana pentingnya pemindahan organ, pemindahan tisu juga dapat menjadikan kualiti hidup pesakit yang memerlukan ke tahap yang lebih baik. Tisu yang dimaksudkan adalah mata, kulit, tulang dan injap jantung.
KADAR DAYA HIDUP PENERIMA (SURVIVAL RATE)
-
Transplantasi Hati 1 tahun : 80 – 85% 5 tahun : 70 – 75%
-
Transplantasi Jantung 1 tahun – 83% 5 tahun – 63% Kembali bekerja – 83%
-
Transplantasi Buah Pinggang 1 tahun : 85 – 90% 5 tahun : >75% 10 tahun : 60% Penerima boleh kembali bekerja, bersukan, berumah tangga dan mempunyai anak.
PUSAT TRANSPLAN KEBANGSAAN
Hospital Kuala Lumpur
Pusat Transplan Buah Pinggang
Hospital Selayang
Pusat Transplan Hati (Hepar) dan
Buah Pinggang
Hospital Tunku Azizah, KL
Pusat Transplan Hati (Hepar)
Kanak-kanak
Institut Jantung Negara
Pusat Transplan Jantung, Paru-paru dan Injap Jantung
Hospital Sungai Buloh
Bank Kornea
Hospital Serdang
Jabatan Respiratori dan Pusat Rujukan Transplan Paru-paru
Hospital Universiti Sains Malaysia
Bank Tisu
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Bank Tulang