BENGKEL ADVANCE COURSE IN DONOR MANAGEMENT

PENGENALAN

Bengkel Advance Course in Donor Mangement (ACDM) merupakan latihan lanjutan yang dijalankan kepada anggota kesihatan yang bertugas di hospital. Ia bertujuan untuk meningkatkan kemahiran anggota kesihatan berkaitan pengurusan penderma organ sehingga selesai proses perolehan organ. Bengkel ini akan dilaksanakan berdasarkan komponen latihan berstruktur secara teori dan amali.

OBJEKTIF BENGKEL

  • Meningkatkan pengetahuan asas berkaitan pendermaan organ dan transplantasi.
  • Memperjelaskan segala mitos dan salah faham berkaitan pendermaan organ.
  • Meningkatkan kesedaran berkaitan kepentingan pendermaan organ.
  • Melatih kakitangan KKM menyemapaikan informasi asas berkaitan pendermaan organ kepada orang awam.

TEMPOH BENGKEL

Bengkel dilaksanakan selama tiga (3) hari dan dua (2) malam secara fizikal.

PENYERTAAN

Peserta terdiri daripada anggota kesihatan yang telah mengikuti Bengkel Malaysian Grief Response and Organ Donation Awareness (MyGRODA). Keutamaan diberikan kepada kakitangan Unit Perolehan Organ Hospital (UPOH) serta Pasukan Perolehan Organ dan Tisu (TOP).

MODUL PEMBELAJARAN

  • Pendekatan keluarga
  • Penyelenggaraan penderma
  • Pengurusan penderma
  • Pengurusan kes medikolegal
  • Susunan logistik
  • Penjagaan pasca pendermaan