MyGRODA adalah kursus pertama yang dijalankan oleh anggota kesihatan yang terlibat dalam bidang pendermaan organ dan tisu selepas kematian. Ia berasal dari modul latihan Negara Sepanyol, yang meliputi kursus selama 3 hari yang berobjektif :
- Mengukuhkan kesedaran, pengetahuan dan kemahiran komunikasi anggota kesihatan yang terlibat dengan ahli keluarga penderma;
- Melazimi pakar perubatan dan paramedik dalam proses pendermaan organ daripada pengesanan penderma sehingga perolehan organ dan tisu.
Latihan ini merangkumi teori dalam kesedihan dan kehilangan keluarga, kemahiran komunikasi lisan dan bukan lisan dengan ahli keluarga dan perbualan pendermaan organ. Pada akhir setiap modul, peserta terlibat akan menjalani aktiviti untuk memperkasakan peranan mereka dalam pengurusan kesedihan.
Kursus memfokuskan kepada semua koordinator transplan seperti UPOH dan TOP Team yang telah menamatkan Kursus MyGRODA. Ia bertujuan untuk:
Melengkapkankoordinator pendermaan dengan pengurusan klinikal, koordinasi dan kemahiran komunikasi untuk menangani kes pendermaan organ dan tisu termasuk:
- Pendekatan keluarga
- Penyelenggaraan penderma
- Pengurusan penderma
- Pengurusan kes medikolegal
- Susunan logistik, dan
- Penjagaan pasca pendermaan
Untuk melengkapkan pakar dengan pengetahuan untuk menjalankan ujian kematian otak mengikut Konsensus Kematian Otak Kebangsaan.
Komponen latihan berstruktur termasuk teori, amali dan aktiviti pembinaan pasukan disertakan dalam kursus ini untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang seimbang kepada para peserta.
Kursus sepanjang hari yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman anggota kesihatan berkaitan pendermaan organ .
Terdapat 4 modul pembelajaran iaitu
- Apa itu Derma Organ? (Asas-Asas Pendermaan Organ)
- Apa Akan Dilakukan? (Proses Pendermaan Organ)
- Apa Penerimaan Agama? (Derma Organ & Islam)
- Apa Peranan Kita? (Promosi Pendermaan Organ)