DERMA ORGAN

DERMA ORGAN

Pendermaan organ ialah satu tindakan memberi organ dan tisu yang sihat (daripada penderma) kepada seseorang yang memerlukannya (kepada penerima). Tindakan ini menyelamatkan dan meningkatkan kualiti hidup seseorang penerima. Pendermaan organ di Malaysia bermula pada 1975 dengan pendermaan buah pinggang hidup pertama dilakukan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Perbuatan menderma adalah mulia dan boleh mengubah banyak nyawa kerana seorang penderma boleh menyelamatkan sekurang-kurangnya 8 nyawa. Sertai ramai rakyat Malaysia yang telah membuat keputusan untuk berikrar!