KURSUS KKM JOM IKRAR

PENGENALAN

Kursus KKM Jom Ikrar merupakan kursus asas berkaitan pendermaan organ kepada semua warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia. Kursus ini mula dilaksanakan sejak 2015. Ia bertujuan untuk memberikan informasi asas berkaitan pendermaan organ yang dilaksanakan di Malaysia supaya lebih ramai kakitangan KKM memahaminya dan membantu menyampaikan kepada orang awam yang lain.

OBJEKTIF BENGKEL

  • Meningkatkan pengetahuan asas berkaitan pendermaan organ dan transplantasi.
  • Memperjelaskan segala mitos dan salah faham berkaitan pendermaan organ.
  • Meningkatkan kesedaran berkaitan kepentingan pendermaan organ.
  • Melatih kakitangan KKM menyemapaikan informasi asas berkaitan pendermaan organ kepada orang awam.

TEMPOH BENGKEL

Kursus dilaksanakan selama separuh hari atau 5 jam secara atas talian atau fizikal.

PENYERTAAN

Penyertaan terbuka kepada semua kakitangan bertugas bawah KKM tanpa mengira skim perkhidmatan dan gred jawatan.

MODUL PEMBELAJARAN

  • Apa itu Derma Organ? (Asas-Asas Pendermaan Organ)
  • Apa Akan Dilakukan? (Proses Pendermaan Organ)
  • Apa Penerimaan Agama? (Derma Organ & Islam)
  • Apa Peranan Kita? (Promosi Pendermaan Organ)