BENGKEL MALAYSIAN GRIEF RESPONSE AND ORGAN DONATION AWARENESS (MyGRODA)

PENGENALAN

Bengkel Malaysian Grief Response and Organ Donation Awareness (MyGRODA) merupakan latihan asas berkaitan pendermaan organ dan transplantasi kepada anggota kesihatan bertugas di hospital. Peserta akan mendapat informasi dan kemahiran asas berkaitan pendermaan organ yang dilaksanakan di Malaysia sepanjang bengkel. Bengkel ini menggunakan modul latihan yang diadaptasi dari negara Sepanyol.

OBJEKTIF BENGKEL

  • Meningkatkan pengetahuan berkaitan pendermaan organ dan transplantasi.
  • Melatih anggota kesihatan kemahiran pengesanan awal kes pendermaan organ.
  • Melatih anggota kesihatan kaedah komunikasi yang betul bersama keluarga bakal penderma organ dan pengurusan kepiluan.
  • Melatih anggota kesihatan yang berperanan sebagai wakil (focal point) di hospital untuk pengesanan kes pendermaan organ.
  • Meningkatkan kadar kes rujukan bakal penderma organ di Malaysia.

TEMPOH BENGKEL

Bengkel dilaksanakan selama dua (2) hari.

PENYERTAAN

Peserta terdiri daripada Pakar Perubatan, Pegawai Perubatan dan Paramedik yang bertugas di kawasan kritikal untuk pengesana penderma organ seperti Jabatan Anestesiologi, Jabatan Kecemasan, Jabatan Forensik dan Jabatan perubatan

MODUL PEMBELAJARAN

  • Pengenalan Pendermaan Organ dan Transplantasi di Malaysia
  • Peranan Pasukan Perolehan Organ
  • Kematian Otak & Pengurusan Penderma Organ
  • Pengurusan Koordinator Pendermaan Organ
  • Pengurusan Kesedihan dan Kepiluan
  • Kemahiran Komunikasi Berkesan
  • Penyampaian Berita Sedih
  • Perbualan Permintaan Pendermaan Organ

PELAKSANAAN BENGKEL MYGRODA 2023

  • Zon Pantai Timur: 07 & 08 Jun 2023 (Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah, Kuantan)
  • Zon Tengah: 14 & 15 Jun 2023 (Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur)
  • Zon Sabah: 11 & 12 Julai 2023 (Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, Kota Kinabalu)
  • Zon Utara: 23 & 24 Ogos 2023 (Hospital Pulau Pinang)
  • Zon Sarawak: 03 & 04 Oktober 2023 (Hospital Umum Sarawak)

GAMBAR AKTIVITI