Proses pendermaan organ dan tisu tidak akan menjejaskan rupa dan bentuk tubuh jenazah. Pengkebumian boleh dijalankan seperti biasa.
Proses pengambilan organ dan tisu untuk tujuan transplan hanya boleh dilakukan setelah mendapat kebenaran bertulis daripada waris dan mesti dijalankan secara steril yang berbeza daripada proses bedah siasat.
Di negara-negara seperti Malaysia, Mesir, Arab Saudi, Iran, Pakistan dan Singapura, umat islam dibenarkan berikrar serta mendermakan organ dan tisu mereka mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Rawatan hospital tidak akan terjejas. Bahkan rawatan terbaik tetap diberikan kepada semua tanpa mengira sama ada pengikrar penderma organ atau tidak.
Tidak semestinya. Pendermaan organ akan dilakukan berdasarkan kriteria berikut:

I. Hanya organ dan tisu yang didermakan oleh keluarga.
II. Organ dan tisu itu masih berfungsi dan boleh digunakan selepas kematian.
III. Ada penerima sesuai yang menunggu.

Organ dan tisu individu yang meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19 tidak boleh didermakan kerana:

🔹COVID-19 merupakan penyakit berjangkit.

🔹Organ dan tisu individu yang meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19 juga dikhuatiri berisiko menjangkiti penerima organ dan tisu jika didermakan.

🔹Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah menetapkan dalam Garis Panduan Perolehan dan Pendermaan Organ Selepas Kematian untuk COVID-19 keluaran tahun 2020 menyatakan semua bakal penderma organ perlu dilakukan ujian calitan COVID-19 sebelum prosedur perolehan organ dan tisu dilaksanakan.