Adakah pendermaan organ dan tisu akan mencacatkan jenazah?

Proses pendermaan organ dan tisu tidak akan menjejaskan rupa dan bentuk tubuh jenazah. Pengkebumian boleh dijalankan seperti biasa.

Adakah semasa bedah siasat (post mortem), organ dan tisu akan diambil tanpa pengetahuan waris?

Proses pengambilan organ dan tisu untuk tujuan transplan hanya boleh dilakukan setelah mendapat kebenaran bertulis daripada waris dan mesti dijalankan secara steril yang berbeza daripada proses bedah siasat.

Adakah agama Islam membenarkan pendermaan organ?

FATWA KEBANGSAAN BERHUBUNG PENDERMAAN TISU, ORGAN DAN TRANSPLANTASI

Di Malaysia , isu pemindahan organ telah dibincangkan sejak 1960-an. Hasilnya, fatwa mengenai pemindahan organ telah dikeluarkan pada tahun 1970 oleh Majlis Fatwa Kebangsaan (pada 23 dan 24 Jun 1970 ): mata dan pemindahan jantung daripada penderma kepada penerima mati hidup adalah dibenarkan dalam Islam , di bawah perkara berikut:

Ia dijalankan dalam keadaan kritikal dan penting di mana kehidupan penerima bergantung kepada pemindahan organ, dan pemindahan yang mempunyai peluang yang tinggi untuk berjaya.
Dalam pemindahan jantung, kematian penderma mestilah dipastikan.
Tindakan yang perlu hendaklah diambil supaya tidak ada pembunuhan manusia dan perdagangan organ yang terlibat
Kebenaran hendaklah diperolehi daripada penderma sebelum transplantasi ( dalam kes-kes kematian biasa) atau dari ahli keluarga ( dalam kes-kes kematian akibat kemalangan).

Adakah sebagai pengikrar penderma organ, rawatan saya di hospital akan terjejas?

Rawatan hospital tidak akan terjejas. Bahkan rawatan terbaik tetap diberikan kepada semua tanpa mengira sama ada pengikrar penderma organ atau tidak

Adakah semua organ daripada jasad pengikrar akan diambil setelah meninggal dunia?

Tidak semestinya. Pendermaan organ akan dilakukan berdasarkan kriteria berikut : 1) Hanya organ dan tisu yang dibenarkan untuk didermakan oleh keluarga; 2) Organ dan tisu itu masih berfungsi dan boleh digunakan selepas kematian; 3) Ada penerima sesuai yang menunggu

Sekiranya meninggal dunia di rumah, adakah seseorang masih boleh menjadi penderma organ atau tisu?

Hanya pendermaan mata sahaja yang boleh dilakukan sekiranya meninggal dunia di rumah dan prosedur akan turut dilakukan di rumah.

Tidak menemui jawapan terhadap kemusykilan anda? Klik sini untuk mengajukan persoalan anda terus kepada kami.