Pendermaan semasa hidup merupakan sumber alternatif kepada perolehan organ. Pendermaan semasa hidup dilaksanakan apabila penderma secara sukarela memberi kebenaran untuk pendermaan. Hanya terdapat 2 organ boleh didermakan iaitu salah satu buah pinggang atau sebahagian hati (hepar).

Penilaian secara telus oleh pengamal perubatan bertauliah akan dilakukan untuk menentukan kelayakan calon penderma semasa hidup. Beberapa saringan akan dijalankan untuk menilai tahap kesihatan penderma dan kesesuaian bakal penerima organ. Ini bagi memastikan pendermaan semasa hidup dilaksanakan dengan mengambil kira keselamatan dan kesihatan penderma dan penerima organ.

Di Malaysia, pendermaan semasa hidup hanya dibenarkan dari ahli keluarga seperti ibubapa, adik-beradik atau anak dan ia diklasifikasikan sebagai ‘Pendermaan Organ Semasa Hidup Berkaitan Keluarga’. Walau bagaimanapun, jika terdapat bakal penderma tiada hubungan kekeluargaan dengan penerima, kebenaran perlu diperolehi dari Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung kepada pendermaan.

Pusat Transplan  Pendermaan Semasa Hidup

HOSPITAL KKM

HOSPITAL KKM

Hospital Kuala Lumpur

Pusat Transplan Buah Pinggang

Hospital Selayang

Pusat Transplan Hepar dan Buah Pinggang

Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur

Pusat Transplan Hepar Kanak-kanak

 

HOSPITAL UNIVERSITI

University Malaya Medical Centre

Pusat Transplan Hepar  dan Buah Pinggang

 

Hospital UiTM

Pusat Transplan Buah Pinggang