MyGRODA adalah kursus pertama yang dijalankan oleh anggota kesihatan yang terlibat dalam bidang pendermaan organ dan tisu selepas kematian. Ia berasal dari modul latihan Negara Sepanyol, yang meliputi kursus selama 3 hari yang berobjektif :

  • Mengukuhkan kesedaran, pengetahuan dan kemahiran komunikasi anggota kesihatan yang terlibat dengan ahli keluarga penderma;
  • Melazimi pakar perubatan dan paramedik dalam proses pendermaan organ daripada pengesanan penderma sehingga perolehan organ dan tisu.

Latihan ini merangkumi teori dalam kesedihan dan kehilangan keluarga, kemahiran komunikasi lisan dan bukan lisan dengan ahli keluarga dan perbualan pendermaan organ. Pada akhir setiap modul, peserta terlibat akan menjalani aktiviti untuk memperkasakan peranan mereka dalam pengurusan kesedihan.

Kursus memfokuskan kepada semua koordinator transplan seperti UPOH dan TOP Team yang telah menamatkan Kursus MyGRODA. Ia bertujuan untuk:

Melengkapkankoordinator pendermaan dengan pengurusan klinikal, koordinasi dan kemahiran komunikasi untuk menangani kes pendermaan organ dan tisu termasuk:

  • Pendekatan keluarga
  • Penyelenggaraan penderma
  • Pengurusan penderma
  • Pengurusan kes medikolegal
  • Susunan logistik, dan
  • Penjagaan pasca pendermaan

Untuk melengkapkan pakar dengan pengetahuan untuk menjalankan ujian kematian otak mengikut Konsensus Kematian Otak Kebangsaan.


Komponen latihan berstruktur termasuk teori, amali dan aktiviti pembinaan pasukan disertakan dalam kursus ini untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang seimbang kepada para peserta.

TOT ialah kursus sepanjang hari yang objektifnya untuk membolehkan peserta terlibat secara profesional dengan orang ramai dalam memberikan maklumat yang tepat mengenai pendermaan organ dari perspektif perubatan dan agama.

Sepanjang tempoh kursus ini, wakil kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan diberikan pengetahuan teori, aktiviti main peranan dan latihan lapangan untuk berinteraksi secara langsung dengan orang ramai. Pada akhir kursus, para peserta boleh menganjurkan aktiviti promosi secara sendiri, membantu pendaftaran pengikrar derma organ dan tisu, dan menjawab soalan lazim mengenai pendermaan organ dan tisu yang diajukan oleh orang ramai.

Latihan Akan Datang
Malaysia Grief Response and Family Conversation (MyGRODA)
0
0
0
0
Days
0
0
Hrs
0
0
Min
0
0
Sec
Latihan Akan Datang
Advanced Course in Organ Donation and Donor Management (Advanced Course)
0
0
0
0
Days
0
0
Hrs
0
0
Min
0
0
Sec
Latihan Akan Datang
Training of Trainers (TOTs) Course (Awareness and Promotional)
0
0
0
0
Days
0
0
Hrs
0
0
Min
0
0
Sec