NTRC
Pusat Sumber Transplan Nasional (NTRC) merupakan institusi penting dalam sistem penjagaan kesihatan Malaysia yang berperanan dalam mengurus dan menyelaras aktiviti berkaitan pendermaan organ. Sejak penubuhannya, NTRC telah berusaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pendermaan organ serta memastikan prosedur pendermaan organ dijalankan dengan selamat dan berkesan. Pusat ini berfungsi sebagai hub bagi pengumpulan data dan penyebaran maklumat yang berkaitan dengan pendermaan organ.
NTRC mula beroperasi di ruang lobi utama Hospital Kuala Lumpur di awal penubuhannya pada 01 November 1997 dan kini beroperasi di Bangunan Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Berperanan dalam membangunkan rangka kerja yang sistematik bagi pengurusan pendermaan organ, merangkumi aspek koordinasi, promosi, dan latihan. Peranan ini termasuk penyelarasan antara hospital dan pelbagai agensi lain yang terlibat dalam keseluruhan proses pendermaan organ. Melalui kerjasama ini, NTRC dapat memastikan bahawa setiap pendermaan organ diuruskan dengan telus dan efisien.
Pelbagai kempen kesedaran sentiasa dilaksanakan dalam usaha mendidik masyarakat tentang manfaat pendermaan organ. Namun masih terdapat jurang yang signifikan antara permintaan dan perolehan organ ketika ini. Pada tahun 2023, hanya sekitar 79 kes pendermaan organ dan tisu berjaya dilaksanakan, sedangkan seramai 9941 pesakit masih menunggu organ untuk meneruskan kehidupan. Oleh itu, NTRC komited dalam usaha memperkasakan semua lapisan masyarakat dengan meningkatkan kefahaman serta kesedaran melalui aktiviti promosi yang efektif.
Visi
Memperkasa Masyarakat,
Mengurang Jurang

Misi
Perkhidmatan Transplan berteraskan konsep ‘KIND’

Khowledge (Pengetahuan)
Penyampaian perkhidmatan tertumpu kepada pengetahuan

Integrity (Integriti)
Integriti tanpa kompromi

Network (Rangkaian)
Rangkaian pasukan yang mantap

Driven (Pemacu)
Bersemangat untuk mendapatkan hasil yang optimum
Unit Perolehan Organ Hospital (UPOH)

Hospital Kuala Lumpur
03-26156266

Hospital Selayang
03-61263333 Ext : 5119

Hospital Tengku Ampuan Rahimah
03-33757000 Ext : 5548/5236

Hospital Sungai Buloh
03-61454333 Ext : 4305

Hospital Sultan Idris Shah, Serdang
03-89475555 Ext : 2126

Hospital Tuanku Ja'afar
06-7684568

Hospital Queen Elizabeth
08-8517555 Ext : 8363

Hospital Umum Sarawak
082-276405 Ext : 1145

Hospital Melaka
06-2892152

Hospital Raja Permaisuri Bainun
05-2087302

Hospital Pulau Pinang
04-2225780

Hospital Tengku Ampuan Afzan
09-5572647 Ext : 2647

Hospital Sultanah Nur Zahirah
09-6212121 Ext : 3096

Hospital Raja Perempuan Zainab II
09-7452000

Hospital Sultanah Aminah
07-2257000 Ext : 2751

Hospital Sultanah Bahiyah
04-7407225