Derma organ
Pendermaan Organ & Tisu
Pendermaan Organ & Tisu
Pendermaan organ dan tisu adalah suatu proses mendermakan sebahagian anggota tubuh badan seseorang bagi tujuan pemindahan (transplantasi) menggantikan organ dan tisu yang rosak serta gagal berfungsi.
Pemindahan Organ
Pemindahan organ adalah proses memindahkan organ daripada penderma (donor) yang masih hidup atau telah meninggal dunia (deceased) kepada pesakit / penerima (recipient) yang mengalami kegagalan organ tahap akhir.
Kepentingan Pendermaan Organ & Tisu
Pemindahan atau transplan organ terbukti sebagai satu kaedah rawatan yang berkesan untuk menyelamatkan nyawa pesakit-pesakit yang mengalami kegagalan organ peringkat akhir (end stage organ failure) termasuk kegagalan jantung, paru-paru, hati dan buah pinggang.
- Pemindahan organ – menyelamatkan nyawa
- Pemindahan tisu – membaikpulih kualiti hidup
Organ & Tisu yang boleh didermakan
Jenis-jenis Pendermaan Organ
Terdapat dua jenis pendermaan organ iaitu :
- Pendermaan organ setelah meninggal dunia (deceased donor)
- Pendermaan organ semasa hidup (living donor)
- Lebih banyak organ yang boleh didermakan selepas kematian.
- Boleh memberi manfaat kepada lebih 8 orang pesakit yang menerima organ atau tisu tersebut.
- Mengurangkan komplikasi kepada penderma organ.
Undang-undang di malaysia yang berkaitan dengan pendermaan dan pemindahan organ
Di Malaysia, pendermaan dan pemindahan organ diatur oleh beberapa undang-undang dan peraturan yang bertujuan untuk melindungi hak individu memastikan keselamatan dan etika dalam proses pendermaan serta mengawal selia amalan pemindahan organ.
1) Akta Tisu Manusia 1974
Suatu Akta bagi membuat peruntukan berkenaan dengan penggunaan bahagian-bahagian badan manusia yang mati bagi maksud-maksud terapeutik dan juga bagi maksud-maksud pendidikan dan penyelidikan perubatan. Penggunaan bagi tujuan tersebut adalah tertakluk kepada perundingan dan kebenaran daripada waris si mati.
2) Polisi Opting In
Di Malaysia, polisi yang digunapakai adalah opting in di mana keputusan untuk menderma organ dilakukan secara sukarela seperti yang termaktub dalam akta di atas. Manakala di sesetengah negara seperti Sepanyol dan Singapura, mengamalkan prinsip opting out di mana secara automatik tubuh badan menjadi hak milik kerajaan selepas kematian melainkan mereka telah memilih untuk tidak menjadi penderma sebelum kematian.
Kematian Otak
Takrif mati otak
Kematian otak berlaku apabila tiada pengaliran darah serta oksigen ke otak yang menyebabkan keseluruhan otak, termasuk batang otak (bahagian otak yang mengawal fungsi kehidupan seperti pernafasan dan denyutan jantung) berhenti berfungsi secara kekal dan tidak dapat dipulihkan.
Punca mati otak
Kematian otak berlaku apabila tiada pengaliran darah serta oksigen ke otak yang menyebabkan keseluruhan otak, termasuk batang otak (bahagian otak yang mengawal fungsi kehidupan seperti pernafasan dan denyutan jantung) berhenti berfungsi secara kekal dan tidak dapat dipulihkan.
- Kecederaan kepala yang teruk – pendarahan / otak bengkak
- Angin Ahmar (Stroke) – Pendarahan spontan akibat tekanan darah tinggi atau saluran darah tidak normal, contohnya seperti Arteriovenous
Malformation (AVM)
– Darah beku ( Thrombo – Embolic ) - Otak tiada bekalan oksigen – Selepas Kardio – Respiratori terhenti
- Barah Otak (Primary Brain Tumor)
- Jangkitan Otak (Encephalitis)
Pengesahan mati otak
- Pengesahan kematian otak perlu mematuhi protokol ketat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjamin ketepatan diagnosis.
- Ujian mati otak perlu dilakukan oleh dua orang pakar klinikal bertauliah sebanyak dua kali dengan selang masa enam jam. Ini dilakukan untuk semua orang yang disyaki mati otak samada untuk pendermaan organ atau tidak (klinikal diagnosis).
- Seseorang individu itu akan disahkan mati otak sekiranya kedua-dua ujian tidak menunjukkan sebarang tindak balas otak terhadap rangsangan. Ini bermakna seseorang itu telah meninggal dunia / mati dan mesin bantuan pernafasan akan diberhentikan.
- Islam mengiktiraf mati otak sebagai salah satu takrif kematian. Satu fatwa telah dikeluarkan semasa Persidangan Negara-Negara Islam (OIC) di Amman pada tahun 1986 yang mana membenarkan pemberhentian mesin bantuan pernafasan selepas pengesahan mati otak.
Proses Pendermaan Organ & Tisu Selepas Kematian
- Proses pendermaan organ dan tisu perlu dijalankan dengan kadar segera dan secepat mungkin selepas kematian bagi memastikan organ yang diperolehi berada di tahap optima.
- Pakar bedah melakukan penilaian kesesuaian organ semasa pembedahan dijalankan dan hanya organ atau tisu yang berkeadaan baik akan diperolehi.
- Setiap organ hanya boleh bertahan selama beberapa jam setelah dikeluarkan dari jasad. Ia akan disimpan buat sementara di dalam cecair pengawet (preservative fluid) dan pada suhu tertentu bagi memastikan ianya berada dalam keadaan optimum. Setiap organ WAJIB dipindahkan secepat mungkin kepada bakal penerima yang sedang menunggu di Pusat-Pusat Transplan.
- Berikut adalah tempoh ketahanan organ (ischaemic time) seperti berikut :
- Perolehan organ dan tisu selepas kematian boleh dilakukan di :
- Perolehan organ dan tisu dilakukan di hospital di mana penderma tersebut meninggal dunia. Hanya pesakit yang disahkan mati secara kematian otak (brain death) boleh mendermakan organ dan tisu. Pesakit yang mati secara jantung terhenti (cardiac death) hanya boleh mendermakan tisu sahaja. Ini kerana, organ memerlukan oksigen melalui pengaliran dan pembekalan darah. Oleh itu, organ tidak boleh berfungsi sekiranya jantung sudah terhenti.
- Setelah kematian disahkan, keluarga akan diberi peluang untuk memikirkan tentang pendermaan organ dan tisu.
- Keputusan keluarga akan sentiasa dihormati. Sekiranya keluarga berhasrat mendermakan organ, beberapa ujian kesesuaian sama ada ujian darah dan ujian pengimejan akan dilaksanakan.
- Kebenaran bertulis akan diambil dan mesin pernafasan akan diberhentikan di dewan bedah. Sebaliknya, jika keluarga memutuskan untuk tidak mendermakan organ mesin pernafasan akan diberhentikan di Unit Rawatan Rapi.
- Untuk kes-kes medico-legal (contohnya kes kemalangan jalan raya), ia memerlukan kebenaran pegawai penyiasat dan majistret terlebih dahulu sebelum pendermaan organ boleh dilakukan.
- Hanya pendermaan mata sahaja boleh dilakukan di rumah / hospis.
- Keluarga si mati boleh menghubungi hospital kerajaan yang terdekat dengan rumah untuk tujuan tersebut.
- Doktor dan paramedik akan ke rumah penderma dan melakukan pembedahan (bergantung kepada kesesuaian tempat).
Pengendalian Jenazah Penderma
- Pendermaan organ tidak akan menjejaskan rupa bentuk tubuh atau menyebabkan kecacatan fizikal terhadap jenazah.
- Berikut adalah tatacara jenazah dikendalikan berdasarkan jenis organ dan tisu :
- Selepas pendermaan, jenazah penderma dibersihkan dan diserahkan kepada keluarga / waris sebaik dan secepat mungkin.
- Proses perolehan organ dan tisu tidak akan menjejaskan urusan pengkebumian atau upacara penghormatan kepada jenazah.
Proses Pendermaan Organ Tidak Melibatkan Sebarang Bayaran
- Tiada bayaran akan dikenakan bagi proses pendermaan organ atau tisu.
- Selaras dengan seksyen 16(13) Perintah Fi (Perubatan) 1982, Ketua Setiausaha Perbendaharaan telah bersetuju untuk memberi pengecualian bayaran bil hospital bagi penderma organ di hospital kerajaan dari tarikh kemasukan hospital. Arahan ini berkuatkuasa pada 29 Disember 2003, seperti mana surat Kementerian Kewangan KK/BP(S) 09/692/79 Jld.3 s.k. 4/2003(4).
- Bagi penderma organ di hospital swasta, keluarga tidak akan dikenakan caj bayaran yang berkaitan dengan proses pendermaan itu daripada masa penderma disahkan mati.
- Penerima organ juga dilarang daripada memberikan sebarang bentuk hadiah ataupun insentif bukan kewangan kepada keluarga penderma.
Pendermaan Organ Semasa Hidup
Kementerian Kesihatan Malaysia, hanya membenarkan pendermaan organ semasa hidup kepada ahli keluarga terdekat yang mempunyai pertalian darah. Ini termasuk pasangan kembar seiras, waris keluarga terdekat dan pasangan suami atau isteri yang sah.
Sekiranya seseorang mahu menderma organ kepada ahli keluarga yang jauh atau seseorang yang tidak mempunyai pertalian darah dengannya, maka individu berkenaan perlu menjalani penilaian oleh satu jawatankuasa bebas (Independent Donor Advocate Team) yang dilantik oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Permohonan tersebut layak dipertimbangkan sekiranya :
- Pendermaan tersebut bertujuan untuk menyelamatkan nyawa.
- Tiada ahli keluarga terdekat yang sesuai untuk menderma.
- Tiada penderma selepas kematian (deceased donor).
- Tidak melibatkan urusan jual beli dan tiada paksaan terhadap penderma.
- Keistimewaan dan kemudahan wad kelas pertama bergantung kepada ketersediaan katil di hospital kerajaan (warganegara & bukan warganegara).
- Pengecualian bil hospital menurut perintah Fi (Perubatan) 1982 dan Perintah Fi (Perubatan) pindaan 2003 (warganegara & bukan warganegara).
- Kemudahan cuti tanpa rekod selama tidak lebih dari 42 hari bagi anggota perkhidmatan awam.
- Kad penderma hidup membolehkan penderma mendapat rawatan secara percuma di semua fasiliti kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (warganegara & bukan warganegara).
Penjualan & Pemerdagangan Organ
Segala bentuk urusan melibatkan penjualan dan pembelian organ adalah merupakan pemerdagangan organ. Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa komited bersama-sama dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk membanteras pemerdagangan organ manusia. Malaysia juga merupakan salah satu negara yang menandatangani perjanjian “Declaration of Istanbul 2008” yang menentang pemerdagangan organ di peringkat antarabangsa.Terdapat beberapa undang-undang di Malaysia yang tegas melindungi serta menghalang aktiviti pemerdagangan organ :
- Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Pindaan 2022) merupakan undang-undang di Malaysia yang turut merangkumi isu berkaitan pemerdagangan organ, bertujuan membanteras aktiviti jenayah ini dan melindungi mangsa daripada eksploitasi.
- Akta Perubatan Malaysia 1971