Transplantasi

Transplantasi bermaksud pemindahan atau penggantian organ atau tisu yang masih berfungsi dari seseorang kepada seseorang yang kegagalan fungsi organ atau tisu. Pembedahan ini merupakan satu kaedah rawatan yang terbukti paling baik dan berkesan untuk menyelamatkan nyawa bagi pesakit yang mengalami kegagalan organ di peringkat akhir.

Transplantasi Organ
Pemindahan atau penggantian organ dilakukan dengan segera selepas pembedahan pengambilan organ dijalankan. Organ yang diperolehi melalui penderma mati otak perlu dilakukan segera untuk memastikan organ tersebut masih berfungsi baik dan tidak terjejas. Oleh yang demikian, penderma (mati otak) akan diberi sokongan mesin (bantuan hayat) sehingga ke dewan bedah dimana ianya akan diberhentikan sebelum organ diperolehi. Selepas pengambilan, tempoh transplan adalah seperti berikut: Jantung: 4 hingga 6 Jam Paru-Paru: 4 hingga 6 jam Hati: 8 hingga 12 Jam Buah Pinggang : 24 jam.

Transplantasi Tisu
Sebagaimana pentingnya pemindahan organ, pemindahan tisu juga dapat menjadikan kualiti hidup pesakit yang memerlukan ke tahap yang lebih baik. Tisu yang dimaksudkan adalah mata, kulit, tulang dan injap jantung.

Survival Rate atau Kadar Daya Hidup Penerima Organ

Transplantasi Hati 1 tahun : 80 – 85% 5 tahun : 70 – 75%

Transplantasi Jantung 1 tahun – 83% 5 tahun – 63% Kembali bekerja – 83%

Transplantasi Buah Pinggang 1 tahun : 85 – 90% 5 tahun : >75% 10 tahun : 60% Penerima boleh kembali bekerja, bersukan, berumah tangga dan mempunyai anak.

Pusat Transplan Kebangsaan

Hospital Kuala Lumpur

Pusat Transplan Buah Pinggang dan Kornea

Hospital Selayang

Pusat Transplan Hati (Hepar) dan Buah Pinggang

Hospital Tunku Azizah, KL

Pusat Transplan Hati (Hepar) Kanak-kanak

Institusi Jantung Negara 

Pusat Transplan Jantung dan Paru-paru

Hospital Sungai Buloh

Pusat Transplan Kornea dan Bank Tisu Kornea

Hospital Serdang

Jabatan Respiratori dan Pusat Rujukan Transplan Paru-paru