Fakta Mengenai Transplantasi

Tahukah Anda?

  • Malaysia adalah di antara negara yang mempunyai jumlah pesakit yang mengalami kegagalan akhir buah pinggang teramai di dunia dan separuh daripada mereka boleh diselamatkan dengan menjalani pemindahan buah pinggang.
  • Seseorang yang mendermakan kesemua organ dan tisunya boleh menyelamatkan nyawa lebih daripada 16 orang pesakit.
  • Warga emas juga boleh mendaftar sebagai pengikrar pendermaan organ.
  • Di Malaysia, penderma (kadaverik) termuda adalah berusia 25 hari.
  • Pendermaan organ di Malaysia telah bermula sejak tahun 1970, namun sehingga kini jumlah penderma organ kurang daripada 800 orang.
  • Pemindahan organ jantung dan paru-paru perlu dilakukan dalam tempoh 4-6 jam selepas pendermaan organ tersebut dijalankan.
  • Organ dan tisu hanya boleh didermakan setelah mendapat kebenaran waris atau ahli keluarga.