Mengenai Derma Organ

Anugerah Kehidupan Yang Tidak Ternilai

Isu mengenai kematian serta pendermaan organ adalah sesuatu yang sukar untuk diperkatakan. Apatah lagi untuk mereka yang kehilangan orang yang tersayang. Ia juga merupakan perkara yang rumit bagi kakitangan perubatan yang sentiasa berusaha untuk menyelamatkan nyawa seseorang pesakit.

Keputusan untuk mengizinkan penderma organ dan tisu seseorang yang disayangi apabila beliau meninggal dunia, bukan sesuatu yang mudah. Ia membangkitkan beberapa kemusykilan bagi keluarga si mati. Untuk meringankan beban mental keluarga kita semasa kematian, haruslah kita membuat pengakuan persetujuan untuk menderma organ dan tisu semasa hayat kita.

Dengan mendaftarkan diri kepada Daftar Penderma Organ Nasional, anda akan membenarkan organ dan tisu anda digunakan bagi tujuan transplan, selepas anda meninggal dunia. Ini akan mengubahkan kehidupan beberapa orang yang mengalami kegagalan organ supaya menjadi lebih selesa dan sempurna serta dapat menyelamatkan nyawa mereka daripada maut.

Kita sedar bahawa isu pendermaan organ dan tisu adalah suatu isu yang menimbulkan banyak persoalan. Oleh itu, berikut adalah penjelasan kepada beberapa persoalan yang sentiasa ditimbulkan.

Siapakah Yang Layak Menjadi Penderma ?
Sesiapa pun,sama ada tua ataupun muda boleh mendaftar segagai penderma organ dan tisu. Walau bagaimanapun mereka yang berusia kurang dari 18 tahun perlu mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga terlebih dahulu.

Apakah Itu Pendermaan Organ?
Ia adalah proses mendermakan bahagian tubuh badan seseorang untuk transplan selepas dia meninggal dunia.Transplantasi (Pemindahan Organ) adalah suatu pembedahan yang melibatkan pertukaran organ atau tisu yang mengalami kegagalan fungsinya dengan organ atau tisu yang berfungsi dengan lebih memuaskan daripada seseorang penderma yang telah meninggal dunia. Dengan cara ini, maka kehidupan penerima organ atau tisu itu akan menjadi lebih selesa dan sempurna serta nyawanya akan terselamat. Pendermaan organ dan tisu adalah satu amalan kemanusiaan yang mulia.

Apakah Organ dan Tisu Yang Boleh Didermakan?
Pada umumnya organ-organ yang boleh didermakan adalah buah pinggang, jantung, hati (heper), paru-paru dan pankreas. Tisu-tisu yang boleh didermakan adalah mata, tulang, kulit dan injap jantung. Ini bermakna, seseorang penderma akan dapat mengubah kehidupan serta menyelamatkan beberapa orang pesakit.

Bilakah Organ dan Tisu Si Penderma Itu Diperoleh?
Proses perolehan organ dan tisu daripada tubuh seseorang penderma itu hanya akan dilakukan apabila kematian telah disahkan oleh dua orang doktor dengan pengesahan kematian seseorang penderma itu adalah bebas dan tiada kaitan dengan pemindahan organ dan tisu.

Apakah Perbezaan Rawatan Jika Diketahui Anda Adalah Seorang Penderma?
Tidak! doktor-doktor yang merawat anda akan berusaha sedaya mungkin dengan mengambil semua tindakan serta langkah yang diperlukan untuk menyelamatkan nyawa anda. Persoalan mengenai pendermaan organ dan tisu akan dibincangkan dengan waris anda hanya selapas kematian telah disahkan

Adakah Terdapat Bantahan Daripada Sudut Agama?
Tiada! kebanyakan agama di seluruh dunia seperti Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan Sikh mengiktiraf pendermaan organ dan tisu sebagai satu amalan yang mulia.

Bagaimana Organ Pendermaan Itu Dipindahkan?
Proses pemindahan organ dan tisu membabitkan suatu pembedahan yang bersih dan suci hama. Pembedahan ini dijalankan di dewan bedah hospital oleh pakar bedah yang berpengalaman. Perolehan organ serta tisu seseorang penderma ini tidak akan menjejaskan rupa dan bentuk tubuh badannya. Selepas organ dan tisu diperolei luka pembedahan itu akan dijahit dengan sempurna dan jenazah si penderma ini tidak akan mengalami apa-apa kecacatan fizikal. Segala prosew pembedahan pemindahan ini dijalankan dengan rasa penuh hormat dan tertib seperti mana pembedahan-pembedahan biasa

Bagaimana Jika Anda Berubah Fikiran Menderma?
Pendermaan organ adalah suatu niat yang tulus ikhlas dan anda berhak untuk membatalkan hasrat ini pada bila-bila masa. Tiada sesiapa pun yang dipaksa untuk menderma organ dan menukar fikiran untuk tidak menderma organ dan tisu. Anda hanya perlu memberitahu keluarga anda mengenainya dan memulangkan kad penderma organ anda kepada kami.

Adakah Proses Pendermaan Organ Akan Melambatkan Urusan Pengkebumian Jenazah?
Tidak! urusan pengkebumian boleh dijalankan seperti biasa. Selepas organ dan tisu diperoleh daripada tubuh penderma maka jenazah akan dibersih, dikhafan dan dipulangkan kapada waris penderma secepat mungkin. Proses perolehan organ dan tisu tidak akan menjejaskan adat pengkebumian seperti upacara penghormatan kepada jenazah.

Bagaimanakah Anda Berhajat Untuk Menjadi Seorang Penderma Organ?
Anda perlu mengisi borang akaun penderma dan kad penderma. Borang yang telah dilengkapkan perlu dihantar kepada Pusat Sumber Transplan Nasional, sementara kad penderma anda hendaklah disimpan di dalam dompet dan dibawa bersama anda pada setiap masa.
Anda Dinasihatkan Untuk Memaklumkan Hasrat Anda Untuk Menjadi Seorang Penderma Organ Dan Tisu Kepada Keluarga Anda?
Ini akan memudah serta melicinkan proses mendapatkan keizinan perolehan organ dan tisu selepas kematian anda kelak.

Mati Otak dan Pendermaan Organ
Pemindahan organ hanya akan dilakukan setelah pesakit disahkan mati otak. Bagi melaksanakan pemindahan ini anggota perubatan perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada ahli keluarga terdekat penderma. Pembedahan pemindahan organ hanya akan dilakukan setalah mendapat kebenaran ahli keluarga pesakit yang mengalami mati otak tersebut.

Apakah yang dikatakan MATI OTAK?
Mati otak ialah keadaan tiada pengedaran darah dan oksigen ke otak yang menyababkan keseluruhan otak (termasuk batang otak iaitu penghidupan seperti pernafasan dan denyutan janting) tidak lagi berfungsi. Kehilangan fungsi otak ini tidak boleh dipulihkan.

Apa Itu Pendermaan Organ?

Pendermaan organ adalah proses memindahkan organ dan tisu daripada penderma yang masih hidup atau telah meninggal dunia kepada pesakit yang mengalami kegagalan organ tahap akhir. Pemindahan organ (transplan) merupakan kaedah rawatan yang terbukti berkesan dan dapat menyelamatkan nyawa. Pemindahan organ tidak akan berlaku sekiranya tiada penderma.

Di Malaysia, hanya penderma yang meninggal dunia secara mati otak sahaja yang boleh mendermakan organ dan tisu. Manakala penderma yang meninggal dunia secara biasa (jantung terhenti) hanya boleh mendermakan tisu.

Proses perolehan organ melibatkan pembedahan yang dijalankan oleh pasukan pakar bedah secara steril (sucihama). Proses ini tidak akan menyebabkan sebarang kecacatan kepada tubuh badan penderma. Selepas pendermaan dijalankan, luka pembedahan akan dijahit dengan sempurna.

Pendermaan organ dan tisu boleh dijalankan di kebanyakan hospital kerajaan dan swasta.  Bagi individu yang meninggal di rumah, hanya pendermaan mata boleh dijalankan.

FAKTA DAN PROSEDUR PENDERMAAN ORGAN

Organ Dan Tisu Yang Boleh Didermakan

Pendermaan organ adalah proses memindahkan organ dan tisu daripada penderma yang masih hidup atau telah meninggal dunia kepada pesakit yang mengalami kegagalan organ tahap akhir.

Pemindahan organ (transplan) merupakan kaedah rawatan yang terbukti berkesan dan dapat menyelamatkan nyawa. Pemindahan organ tidak akan berlaku sekiranya tiada penderma.

Di Malaysia, hanya penderma yang meninggal dunia secara mati otak sahaja yang boleh mendermakan organ dan tisu. Manakala penderma yang meninggal dunia secara biasa (jantung terhenti) hanya boleh mendermakan tisu.

Proses perolehan organ melibatkan pembedahan yang dijalankan oleh pasukan pakar bedah secara steril (sucihama). Proses ini tidak akan menyebabkan sebarang kecacatan kepada tubuh badan penderma. Selepas pendermaan dijalankan, luka pembedahan akan dijahit dengan sempurna.

Pendermaan organ dan tisu boleh dijalankan di kebanyakan hospital kerajaan dan swasta. Bagi individu yang meninggal di rumah, hanya pendermaan mata boleh dijalankan.

Transplan

Pemindahan atau transplan organ terbukti sebagai kaedah rawatan yang berkesan untuk menyelamatkan nyawa pesakit-pesakit yang mengalami kegagalan organ peringkat akhir (end stage organ failure), termasuk kegagalan jantung, paru-paru dan hati.

Transplan organ dan tisu boleh juga meningkatkan taraf kehidupan pesakit-pesakit yang mengalami kegagalan organ seperti :

Meskipun terdapat rawatan alternatif iaitu dialisis, transplan buah pinggang merupakan satu kaedah rawatan yang lebih baik dari segi kos dan ia mampu memberikan kualiti kehidupan yang jauh lebih baik kepada penerima.
Transplantasi kornea mampu mengembalikan semula penglihatan atau mengurangkan kerosakan dan kesakitan yang dialami oleh pesakit.
Transplan tulang boleh menggantikan bahagian tulang yang rosak, contohnya disebabkan oleh barah atau trauma akibat kemalangan.
Transplan injap jantung boleh menggantikan injap jantung yang rosak, contohnya pesakit kanak-kanak yang dilahirkan dengan masalah injap jantung (congenital) dan bagi pesakit dewasa yang mengalami kerosakan injap jantung.
Kulit yang didermakan boleh digunakan untuk menampal bahagian tubuh yang kehilangan kulit akibat kelecuran atau kebakaran. Ia oleh mengurangkan kehilangan cecair dalaman badan dan risiko jangkitan, di samping mempercepatkan proses penyembuhan, mengurangkan kesakitan dan kesan parut.

Agama

Di Malaysia , isu pemindahan organ telah dibincangkan sejak 1960-an. Hasilnya, fatwa mengenai pemindahan organ telah dikeluarkan pada tahun 1970 oleh Majlis Fatwa Kebangsaan (pada 23 dan 24 Jun 1970 ): mata dan pemindahan jantung daripada penderma kepada penerima mati hidup adalah dibenarkan dalam Islam , di bawah perkara berikut:

– Ia dijalankan dalam keadaan kritikal dan penting di mana kehidupan penerima bergantung kepada pemindahan organ, dan pemindahan yang mempunyai peluang yang tinggi untuk berjaya.

– Dalam pemindahan jantung, kematian penderma mestilah dipastikan.

– Tindakan yang perlu hendaklah diambil supaya tidak ada pembunuhan manusia dan perdagangan organ yang terlibat.

– Kebenaran hendaklah diperolehi daripada penderma sebelum transplantasi ( dalam kes-kes kematian biasa) atau dari ahli keluarga ( dalam kes-kes kematian akibat kemalangan).

Keharusan menderma organ juga terikat kepada syarat-syarat berikut yang bertujuan untuk melindungi semua kepentingan selaras dengan undang-undang Islam:

– Tidak memudaratkan penderma yang masih hidup seperti menyebabkan kematian atau hilang upaya (kehilangan pendengaran, penglihatan dan morbility);

– Pemindahan dilakukan dengan kebenaran daripada penderma;

– Kebenaran diperoleh daripada penderma yang mengikut undang-undang dan mampu untuk berbuat demikian. Oleh itu , kebenaran tidak boleh diberikan oleh kanak-kanak, pesakit mental yang tidak boleh membuat keputusan rasional, di bawah tekanan atau dipaksa untuk menderma;

– Tidak dijalankan dengan cara yang boleh melanggar martabat manusia seperti perdagangan organ. Ia perlu dilakukan atas sebab-sebab altruistic;

– Doktor yang terlibat dalam pemindahan organ mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk menilai penderma dan penerima berdasarkan prinsip maslahah ( manfaat ) dan mafsadah ( kemudaratan ) mengikut undang-undang Islam.

– Pada 13 Disember 1989, mati otak diterima sebagai kematian dan dengan itu pendermaan organ adalah dibenarkan.

– Pada 21 Jun 1995, penggunaan graf tisu untuk tujuan perubatan adalah diharuskan.

Menurut K. Sri Dhammanenda Nayake Therra, menderma bahagian tubuh badan seperti mata, buah pinggang dan lain-lain adalah satu perbuatan yang mulia.
Agama Buddha menerima pendermaan organ dan transplantasi.

Ia menggalakkan pendermaan organ dan tisu selagi tiada unsur pengkomersilan terlibat.

Agama Hindu adalah satu agama berasaskan kepada kasih sayang. Kasih sayang, belas kasihan dan murah hati adalah aspek praktikal yang menjadi pegangan penganut-penganut agama Hindu.

Seorang penganut agama Hindu boleh mendermakan apa saja termasuklah organ-organnya baik semasa hidup atau selepas meningal dunia.
Kesimpulannya, agama Hindu tidak menegah dan menyekat penganut-penganutnya untuk menderma organ sekiranya ia dapat menyelamat nyawa orang lain.

Agama Kristian menggalakkan penganutnya membantu mereka yang memerlukan rawatan pemindahan organ bagi menggantikan organ-organ mereka yang tidak berfungsi.

Walau bagaimanapun, kesediaan penderma organ hendaklah dikawal dengan undang-undang dan etika, bagi mengelakkan jual beli dan eksploitasi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Pada dasarnya, agama Sikh tidak melarang pendermaan mata dan organ-organ lain.

Menderma mata dan organ-organ lain selepas kematian merupakan satu pemberian yang tidak ternilai untuk seseorang.