Apa itu transplant sel stem

  • Ia merupakan pemindahan sel stem daripada penderma yang sihat dan sepadan kepada pesakit yang memerlukan rawatan.
  • Sel stem darah dikatakan sepadan jika penderma dan pesakit mempunyai Human Leukocyte Antigen (HLA) yang sama.
  • HLA adalah protein yang dijumpai pada kebanyakan permukaan sel darah putih.

Soalan Lazim

Apakah penyakit yang diboleh dirawat dengan pemindahan sel stem darah?

Penyakit yang berkaitan dengan darah seperti leukaemia, aplastic anaemia dan thalasaemia boleh dirawat dengan pemindahan sel stem darah.

Dari manakah sumber rawatan sel stem darah boleh diperolehi?

  • Ahli keluarga pesakit
  • Penderma sel stem darah yang tiada pertalian darah seperti:
  1. Ahli Daftar Sel Stem Malaysia (MSCR)
  2. Darah tali pusat bayi yang dilahirkan (contoh: Bank Darah Tali Pusat)

Di manakah transplan sel stem darah dijalankan?

  • Hospital Ampang
  • Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur