Pemindahan organ, tisu dan sel hanya dapat dijalankan di pusat-pusat transplantasi yang diiktiraf dan menepati piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Semua pembedahan pemindahan organ perlu dijalankan oleh anggota yang terlatih dan rawatan susulan kepada penerima organ akan diberikan dengan sewajarnya.

Pusat-pusat transplantasi yang diiktiraf di Malaysia adalah seperti berikut :

  • Hospital Kuala Lumpur;
  • Hospital Selayang;
  • Institut Jantung Negara (IJN);
  • Institut Perubatan Respiratori (IPR);
  • Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM);
  • Hospital Sungai Buloh;
  • Hospital Ampang.