Seorang penderma tisu  boleh memberi  manfaat kepada lebih daripada 35 orang

Mata boleh  memulihkan penglihatan pesakit yang mempunyai masalah kornea akibat  penyakit mata atau kecederaan pada mata serta  kecacatan sejak lahir. Bahagian sklera  boleh digunakan untuk pembedahan rekonstruksi mata.

Injap jantung boleh dipindahkan untuk menyelamatkan nyawa kanak-kanak yang dilahirkan dengan kecacatan injap jantung dan orang dewasa yang menghadapi masalah kerosakan injap.

Kulit boleh digunakan untuk merawat pesakit yang mengalami masalah kelecuran akibat kebakaran. Ini boleh menggalakkan proses penyembuhan di samping mengurangkan risiko jangkitan yang boleh mengancam nyawa.

Tulang diperlukan untuk membentuk graf tulang bagi menggantikan bahagian tulang yang perlu dibuang kerana barah dan kemalangan serta dapat menyelamatkan anggota tubuh badan yang terlibat daripada dipotong.

Soalan Lazim

Bolehkah kita memilih bahagian tisu yang mahu didermakan?

Ya. Hanya tisu yang diizinkan oleh ahli keluarga sahaja yang akan diambil.

Adakah terdapat had umur untuk mendermakan tisu?

ADA untuk sebahagian tisu sahaja iaitu :

  • Kulit
  • Tulang
  • Injap jantung 

    Tiada had umur bagi pendermaan mata selagi kornea berada dalam keadaan baik.

Siapa yang layak untuk mendermakan tisu?

Sesiapa sahaja layak untuk mendermakan tisu kecuali bagi individu yang menghidap penyakit berjangkit seperti HIV, Hepatitis B dan C, Sifilis serta seseorang yang mengamalkan gaya hidup berisiko tinggi.

Tempoh masa yang sesuai mendermakan tisu selepas kematian?

Seseorang boleh mendermakan tisu dalam tempoh masa 24 jam selepas meninggal dunia.

Walaubagaimanapun sampel darah perlu diambil dari penderma dalam tempoh masa kurang dari 6-8 jam setelah kematian untuk ujian saringan penyakit berjangkit.