Senarai Menunggu

Organ dan tisu daripada penderma selepas kematian akan dipindahkan kepada pesakit yang sesuai menurut senarai menunggu organ kebangsaan. Terdapat senarai menunggu yang berlainan untuk setiap organ yang boleh didermakan di Malaysia.

Mana-mana pesakit yang mengalami kegagalan organ tahap akhir akan dimasukkan ke dalam senarai menunggu sekiranya mereka didapati sesuai untuk menjalani transplantasi organ. Malangnya, pada masa kini terdapat lebih daripada 17,ooo pesakit yang sedang menunggu untuk menjalani pemindahan organ dan jumlah ini semakin meningkat saban tahun.

Pengagihan Organ

Kesemua organ dan tisu yang didermakan akan diagihkan secara adil dan telus berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Kriteria tersebut mengambil kira :

    • kesesuaian penderma dan penerima melalui kumpulan darah dan saiz tubuh badan
    • keutamaan berdasarkan status klinikal semasa (clinical urgency & status)
    • tempoh dalam senarai menunggu
    • kes-kes khusus seperti keadaan pesakit yang mempunyai antibodi darah yang tinggi dan faktor lojistik
    • kewujudan penyakit comorbid yang lain

Seseorang pesakit yang sedang menunggu organ mempunyak hak untuk menolak organ atau tisu yang diagihkan melalui sistem agihan organ kebangsaa. Walaubagaimanapun, beliau akan dikeluarkan daripada senarai menunggu tersebut kecuali dalam keadaan tertentu. Pesakit perlu memohon untuk dimasukkan kembali ke dalam senarai tersebut.