logo-sejuta-harapan

MKPO 2013

Tahun ini merupakan tahun keempat penganjuran MKPO.  Tema pada tahun ini ialah 1 Ikrar, Sejuta Harapan: Dermalah Organ Demi Kehidupan. Objektif sambutan MKPO adalah untuk:

  1. Mendidik masyarakat mengenai kepentingan pendermaan organ selepas meninggal dunia.
  2. Menarik penyertaan orang ramai untuk berikrar sebagai penderma organ.
  3. Menyampaikan maklumat berkenaan pendermaan organ kepada masyarakat umum.
  4. Mengenang jasa mereka yang mendermakan organ sebagai inspirasi kepada masyarakat.

Majlis Perasmian akan diadakan pada 5hb Oktober 2013 bertempat di Precint 2, Monument Alaf Baru, Putrajaya oleh YB Dato’ Seri Dr. Hilmi Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan.

Aktiviti- Aktiviti MKPO 2013

AKTIVITI PENERANGAN
Pameran Dianjurkan oleh badan kerajaan dan bukan kerajaan berkenaan dengan pendermaan organ
Pendermaan Darah Dikelolakan oleh Pusat Darah Negara
Pemeriksaan Kesihatan Dikendalikan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan (JKWP)
Persembahan Deejay,Artis dan Duta Beberapa orang selebriti akan menghibur dan beramah mesra dengan pengunjung
Permainan Dalaman Congkak, Batu Seremban dan Congkak anjuran PUSPANITA, HKL
Senam Robik Semua peserta/pengunjung dijemput untuk bersama-sama terlibat
Walkaton Bermesej Berkumpulan Peserta akan berjalan secara berkumpulan sepanjang 4.5 km sambil membawa mesej kreatif tentang pendermaan organ sama ada melalui nyanyian, sepanduk, banner dan sebagainya. Pertandingan dinilai melalui kreativiti mesej yang dibawa, penampilan dan kerjasama berkumpulan. Penyertaan adalah PERCUMA. Hadiah Pertama RM 1,000, Kedua RM 750, Ketiga RM 500 beserta hadiah saguhati hingga 10 kumpulan yang terbaik. Tshirt percuma akan diberikan kepada setiap peserta walkathon. Peserta individu juga dialu-alukan, tetapi tidak termasuk dalam kategori pertandingan.
“Funhunt” Pertandingan ini terbuka kepada remaja dan dewasa berkumpulan. Setiap kumpulan terdiri dari 4 orang peserta. Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM100 untuk setiap kumpulan. Hadiah menarik menanti pemenang utama temasuk hadiah saguhati.
Pertandingan kanak-kanak Acara Mewarna dibuka untuk 2 kategori iaitu: 7-9 tahun (Tahun 1-3) dan 10 hingga 12 tahun (Tahun 4-6). Penyertaan hanyalah terhad pada 100 orang peserta yang pertama sahaja.
Permainan “in-door Terbuka kepada golongan remaja dan dewasa. Permainan Tradisional seperti Congkak dan Batu Seremban anjuran PUSPANITA, HKL, juga permainan masakini seperi permainan video oleh JCI Mines.