Laporan Bulan September 2013

1 September 2013

1/9/13  Kempen di Plaza Metro Kajang anjuran Persatuan 1 Kuan Tao Ji Chuu Jong Shuu Kajang

Laporan :  Kempen mendapat sambutan baik dari 10am sehingga 5pm. Kakitangan NTRC banyak dibantu oleh sukarelawan dari Persatuan 1 Kuan Tao Ji Chuu Jong Shuu Kajang. Seramai
33 orang telah mendaftar sebagai pengikrar pendemaan organ.

1/9/13Kempen di GM Klang anjuran Persatuan Bimbingan Ajaran Confucian

Laporan :  GM Klang merupakan bangunan baru yang menawarkan barangan dengan harga borong. Rata-rata pengunjung belum biasa mendengar mengenai pendermaan organ. Ramai dari mereka telah mengambil risalah untuk mendapat maklumat, berfikir dan berbincang dengan keluarga.

13 September 2013

Kempen di Makam Pahlawan, Masjid Negara anjuran Masjid Negara

Laporan : Kempen yang menjadi acara tahunan yang dinanti ini merupakan  usahasama Masjid Negara dengan  NTRC, Pusat Darah Negara, HUKM,Bahagian TCM KKM, Klinik Pergigian Tangling, Persatuan Orang Pekak Malaysia dan pelbagai NGO lain.  Kempen kali ini telah dikejutkan dengan lawatan Mantan Perdana Menteri, Yang Berbahagia Tun Mahathir Mohamad.

15 September 2013

Kempen di Taman Tasik Titiwangsa anjuran Persatuan Perkembangan Dewi Kuan Yin.

Laporan : NTRC telah menghantar 2 pegawai untuk menghadiri kempen ini. Tanpa disangka- sangka, sambutan yang diterima dari pengunjung amatlah  memberangsangkan hinggakan kami terpaksa memohon bantuan sukarelawan Persatuan Perkembangan Dewi Kuan Yin. Berkat bantuan mereka seramai 100 orang telah mendaftar !

16 September 2013

 Kempen di Subang Parade anjuran Persatuan Penganut Agama Buddha Fo Guang

Laporan :  Subang Parade yang sunyi pada awal pagi rupa-rupanya meriah di tengah hari. Ramai yang telah mendaftar pada tahun-tahun lepas datang menyerahkan kad pengikrar mereka untuk  mendapatkan kad pengikrar versi terbaru NTRC yang mempunyai rekabentuk lebih menarik dan diperbuat dari bahan lebih berkualiti.