Tahukah Anda?

Kementerian Kesihatan Malaysia telah melantik beberapa orang Duta Pendermaan Organ yang terdiri daripada individu-individu yang berpengaruh dari pelbagai latar belakang di Malaysia.

Para duta ini berperanan untuk menyemarakkan kempen pendermaan organ di kalangan masyarakat dan diharap akan dapat mempertingkatkan kesedaran masyarakat untuk menjadi pengikrar penderma organ.