Pusat Sumber Transplan Nasional (NTRC) merupakan sebuah jabatan di Hospital Kuala Lumpur yang bertanggungjawab dalam perlaksanaan program pendermaan organ di peringkat kebangsaan. Sebagai pusat rujukan kebangsaan, NTRC menjalankan aktiviti koordinasi proses pendermaan organ bagi tujuan transplantasi serta aktiviti promosi pendermaan organ selepas kematian.

NTRC mula beroperasi di kawasan lobi Hospital Kuala Lumpur pada awal penubuhannya pada 1 November 1997. Kini, NTRC mempunyai seramai 21 anggota dan beroperasi di Bangunan Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Berdasarkan kajian yang dijalankan NTRC mendapati terdapat jurang yang luas antara permintaan dan perolehan organ dan tisu di Malaysia.

Sehubungan itu, NTRC berlandaskan visi yang ditetapkan komited dalam mengurangkan jurang yang ada melalui pemerkasaan semua lapisan masyarakat dengan meningkatkan kefahaman serta kesedaran terhadap pendermaan organ dan tisu di Malaysia.