Artikel untuk muka depan

SOALAN “MENDUGA AIR” DALAM TEMURAMAH VIDEO DERMA ORGAN

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Menderita sakit buah pinggang semenjak tahun 2001 dan menjalani rawatan Dialisis Air (4 kali sehari untuk 20 minit setiap sesi rawatan) selama 2 tahun memang memeritkan. Saya sangat beruntung mempunyai ibu saudara yang sanggup menderma buah pinggangnya pada 5 Ogos 2010. Beruntung kerana para pesakit lain terpaksa menunggu belasan tahun untuk mendapat buah pinggang. Read more

Talian hayat – Kisah Penderma ESTHER Lim Joy-Ern

Artikel asal : Berita Harian Online

Oleh Suzan Ahmad
suzan@bharian.com.my
2010/10/17

Sumbangan organ tanpa prejudis kaum, agama mampu bantu insan lebih memerlukan

PEPATAH berkorban nyawa sudah biasa didengari. Namun, bagaimana dengan berkongsi organ? Pasti ramai yang memberi reaksi kehairanan berikutan masih ada pihak yang memandang sepi kepentingan berkongsi organ demi menyelamatkan nyawa.

Malah, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Julai lalu, turut mengakui tahap kesedaran orang ramai terhadap pendermaan organ di negara ini masih rendah, berbanding jumlah pesakit yang memerlukan pemindahan organ bagi menyambung nyawa. Antara usaha mencetuskan kesedaran termasuk Minggu Derma Organ diadakan mulai semalam hingga Ahad depan. Andai ada masih meragui, kisah yang dipaparkan di bawah boleh menjadi teladan betapa pentingnya pendermaan organ ini. Read more

FBI ikrar derma organ

 

Siaran Media: FBI ikrar derma organ

Putrajaya, 21 Mac 2015 – Pada hari ini, pengacara dan penyampai radio terkenal Faizal bin Ismail (FBI) telah berikrar sebagai penderma organ semasa Rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9. Turut hadir sama adalah selebriti Imam Muda Asyraf yang juga sudah lama berikrar sebagai penderma organ. Read more

Kenyataan Akhbar KP Kesihatan: Pesakit Kanak-kanak tidak perlu ke luar negara untuk menjalani pemindahan hati

Sumber : Kpkesihatan.com

Kenyataan Akhbar KP Kesihatan: Pesakit Kanak-kanak tidak perlu ke luar negara untuk menjalani pemindahan hati

Kenyataan ini dikeluarkan berikutan laporan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 11 September 2014, Khamis bertajuk “Kanak-kanak perlukan RM150,000.00 untuk kos pemindahan hati”. Terlebih dahulu, Kementerian Kesihatan ingin melahirkan rasa simpati terhadap penderitaan adik Putra Muhammad Ilyas tersebut. Read more

KENYATAAN AKHBAR YB MENTERI KESIHATAN MALAYSIA – IKRAR DERMA ORGAN AHLI PENGURUSAN TERTINGGI KKM

Sumber : kpkesihatan.com

1. Pada hari ini, Ahli Pengurusan Tertinggi KKM akan menyatakan ikrar sebagai penderma organ sebagai simbolik kepada pelancaran “Program KKM Jom Ikrar”. Program KKM Jom Ikrar dilancarkan bagi memberi pendedahan asas mengenai derma organ kepada semua anggota Kementerian Kesihatan, sama ada anggota perubatan atau bukan perubatan dan seterusnya menggalakkan mereka untuk mendaftar sebagai pengikrar derma organ secara sukarela. Read more