Daftar Pengikrar Pendermaan Organ Malaysia

Pusat Sumber Transplan Nasional merupakan satu-satunya agensi kerajaan yang mengendalikan rekod data pengikrar pendermaan organ di seluruh Malaysia semenjak tahun 1997.

Melalui pelbagai proses penaiktarafan, kini agensi ini menjalankan dan mengendalikan proses pendaftaran secara atas talian (online registration). Data pengikrar pendermaan organ dikumpul dan disimpan di dalam satu pangkalan data yang dilindungi di Pusat Data MyLoca, Cyberjaya.

Pendaftaran ini bertujuan bagi membolehkan anggota kesihatan memeriksa pendaftaran pengikrar pendermaan organ sekiranya berlaku kematian yang berpotensi untuk pendermaan organ. Ia mungkin dapat membantu di dalam proses mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak keluarga terdekat di dalam membuat apa jua keputusan.

Keputusan ahli keluarga dan kebenaran bertulis amat diperlukan di dalam proses pendermaan organ. Anda perlu memberitahu keluarga tentang pendaftaran anda sebagai pengikrar pendermaan organ supaya niat murni anda akan tercapai kelak.

Anda boleh mendaftar sebagai pengikrar melalui kaedah berikut:

  • Mendaftar secara online (klik di sini)
  • Muat turun borang dan cetak (klik di sini)
  • Hubungi talian bebas tol : 1800-88-9080
  • Lawati atau hubungi Pusat Sumber Transplan yang berdekatan anda:

Anda juga boleh mendapatkan borang pendaftaran tersebut di hospital-hospital kerajaan berhampiran anda.