Individu
  • Berdaftar sebagai pengikrar penderma organ, nyatakan hasrat dan maklumkan hasrat anda kepada keluarga dan rakan anda. Adalah penting untuk berkongsi hasrat murni ini kepada mereka agar mereka tahu niat anda. Ini mungkin akan memberi inspirasi pada mereka untuk bersama mendaftarkan diri. Klik disini untuk berdaftar.
  • Menjadi Sukarelawan untuk program kami. klik disini untuk mendaftar untuk menjadi sukarelawan.
  • Berkongsi dan meyebarkan maklumat atau video di laman media sosial seperti facebook, twitter, instagram, blog, youtube atau lain-lain medium dari masa ke semasa.
Organisasi & Korporat

1. Lencana korporat

Pihak agensi boleh reka bentuk lencana korporat menggabungkan mesej seperti “Kami menyokong derma organ” atau mesej-mesej yang lain yang sesuai. Kakitangan anda terutamanya mereka yang bekerja di kaunter atau penerimaan boleh memakai dan mempromosikan pendermaan organ kepada pelanggan anda. 

2. Mesej promosi dalam bahan-bahan korporat

Pihak agensi boleh memaparkan mesej yang ringkas seperti “Kami menyokong derma organ” pada risalah, fail, sampul surat, paparan/ pameran lembaga, pop up dan lain-lain. Mesej tersebut juga boleh diletakkan pada penyata bil pelanggan, penerimaan dan lain-lain.

3. Item pembungkusan

Pihak agensi boleh meletakkan mesej seperti “Mari bersama sokong derma organ ” atau mesej lain yang sesuai ke atas barangan pembungkusan anda contohnya beg kertas, kotak dan lain-lain.

4. Tempat Bahan Promosi

Kementerian Kesihatan mempunyai pelbagai bahan-bahan promosi bercetak seperti buku, risalah dan kad maklumat mengenai pendermaan organ. Sebagai Duta Korporat, penyediaan tempat letak bahan promosi bercetak boleh disediakan di premis agensi contohnya kawasan menunggu, untuk kemudahan pelanggan anda untuk mendapatkan maklumat semasa menunggu.

5. Paparan skrin

Kementerian Kesihatan Malaysia mempunyai beberapa video, klip, dokumentari bekenaan pendermaan organ. Ianya boleh disiarkan TV yang diselia oleh pihak agensi.

6. Poster

Agensi juga boleh membantu untuk memaparkan beberapa poster di papan-papan kenyataan atau mana-mana kawasan yang sesuai contohnya di lobi, ruangan menunggu, lif, dan lain-lain. Agensi juga dialu-alukan untuk menghasilkan poster anda sendiri atau apa-apa bentuk bahan bercetak. Sumbangan korporat ini akan diperakui oleh Kementerian.

7. Gerai Pameran

Anda juga boleh memaparkan mesej yang ringkas seperti” Kami Sokong Derma Organ” atau apa-apa mesej yang sesuai di gerai pameran agensi.

8. Kempen Menderma Organ

Pihak agensi boleh menganjurkan sendiri kempen daftar derrma organ dengan mensasarkan kumpulan-kumpulan tertentu (contohnya kolej/ pelajar universiti ). Agensi juga boleh bekerjasama dengan Pusat Sumber Transplan Nasional untuk perancangan program dan juga mengenalpasti penceramah yang sesuai (jika perlu).

9. Media

Pihak agensi boleh membantu kami untuk menyebarkan mesej melalui pelbagai cara di media khasnya TV; krawler skrin, pesanan ringkas selepas berita , kemaskini acara, dokumentari pendek dan lain-lain.

10. Tajaan korporat

Pihak agensi juga boleh memberi tajaan kepada beberapa aktiviti promosi khas yang dijalankan sepanjang tahun. Program utama adalah Minggu Kesedaran Pendermaan Organ yang diadakan pada setiap bulan Oktober. Aktiviti-aktiviti lain termasuk yang dianjurkan di peringkat pusat (kebangsaan) dan juga di peringkat negeri. Pilihan termasuk seminar/ceramah/ forum, atau pertandingan-pertandingan khas berkenaan pendermaan organ yang memerlukan tajaan.

11. Lain –lain

Kami juga mengalu-alukan idea-idea terkini yang sesuai dan wajar daripada pihak agensi untuk membantu kami mempromosikan derma organ pada masyarakat.