Sel stem darah ialah  sel induk darah yang  boleh menghasilkan pelbagai jenis komponen darah seperti sel darah merah (membawa oksigen dalam darah), sel darah putih (melawan jangkitan kuman) dan platelet (agen pembekuan darah).

Stem Darah

Soalan Lazim

Dari manakah sel stem darah boleh diperolehi?

Sel stem darah boleh diperolehi dari salur darah, sum-sum tulang atau darah dari tali pusat bayi yang baru dilahirkan.

Apakah penyakit yang diboleh dirawat dengan sel stem darah?

Penyakit yang boleh dirawat dengan sel stem darah ialah penyakit yang berkaitan dengan darah seperti leukaemia, aplastic anaemia dan thalasaemia.

Bolehkah saya menderma sel stem darah?

Anda boleh menderma sel stem darah dengan cara samada:

  • mendaftar sebagai ahli Daftar Sel Stem Malaysia (MSCR) di Institut Penyelidikan Perubatan, Jalan Pahang, Kuala Lumpur.
  • jika anda mengandung, anda boleh mendermakan darah tali pusat anda kepada Tabung Darah Tali Pusat di Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.