Buddha

Menurut K. Sri Dhammanenda Nayake Therra, menderma bahagian tubuh badan seperti mata, buah pinggang dan lain-lain adalah satu perbuatan yang mulia.

Agama Buddha menerima pendermaan organ dan transplantasi. Ia menggalakkan pendermaan organ dan tisu selagi tiada unsur pengkomersilan terlibat.

Hindu

Kasih sayang, belas kasihan dan memberi adalah elemen utama agama Hindu. Selagi ia menyelamatkan nyawa, agama Hindu tidak melarang penganutnya untuk menderma organ semasa hidup atau selepas kematian

Kristian

Berkorban dan membantu orang lain adalah intipati utama agama Kristian. Kristian menggalakkan penganutnya untuk membantu insan lain yang memerlukan melalui pendermaan organ selagi pendermaan  tersebut mematuhi undang-undang dan etika.

Sikhism

Agama Sikh tidak menentang pendermaan organ dan tisu. Menderma mata atau organ-organ lain adalah hadiah tidak ternilai dalam kehidupan kepada seseorang.